Lebih banyak janji akan dilaksanakan 2 November - Utusan Malaysia

Lebih banyak janji akan dilaksanakan 2 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan bahawa rakyat boleh menjangka kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan lebih banyak janjinya pada hari pembentangan bajet.

Tanpa mendedahkan butirannya, beliau berkata : “Ia adalah pada 2 November, anda perlu tunggu.”

Menyatakan mengukuhkan ekonomi negara terus menjadi keutamaan, beliau berkata, kerajaan akan memantau defisit fiskal negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tahun ini, defisit fiskal dapat dikekalkan pada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), walaupun peningkatan RM300 juta (meningkat kepada RM40.1 bilion daripada RM39.8 juta),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Tahun ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut penyatuan fiskal daripada paras tertinggi 6.7 peratus pada 2009.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, semuanya terkawal berikutan kerajaan telah memulakan rasionalisasi struktur kos untuk projek bernilai RM10 bilion, yang akan menghasilkan pendapatan tambahan.

“Pada masa sama, kita memperoleh RM5.4 bilion daripada kenaikan harga petrol, selain mencatat keuntungan yang lebih baik daripada Khazanah (Nasional Bhd.), Petronas dan agensi lain,” katanya.

Katanya, beliau turut memberi jaminan kepada pengurus dana mengenai kestabilan negara semasa mengadakan pertemuan dengan pengurus dana utama di Malaysia pada Khamis, yang dianjurkan oleh CIMB Group Holdings Bhd. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini