TEMERLOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti lebih 60 balai bomba di seluruh negara berada dalam keadaan uzur serta memerlukan penambahbaikan dan pembinaan semula di lokasi baharu. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kebanyakan balai bomba itu telah lama dibina dan berada di lot bangunan kedai yang tidak sesuai kedudukannya berikutan pertumbuhan pesat di kawasan tersebut. “Kebanyakannya dibina sewaktu bandar atau kawasan itu belum membangun, jadi apabila sudah membangun, penduduk…










