MARANG 24 Jun – Ketua UMNO Bahagian Marang, A.Latiff Awang tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan akhir bulan ini walaupun pada awalnya menawarkan diri untuk terus memikul tanggungjawab itu.
![]() |
|
A.Latiff Awang
|
A. Latiff yang juga bekas Exco kerajaan negeri menarik diri bagi memberikan laluan setelah ada dalam kalangan pendokong UMNO di sini yang mempunyai daya kepemimpinan mampu mengambil alih tanggungjawab yang berat ketika parti dalam keadaan cukup lemah.
“Saya telah menyerahkan baton kepada mereka bagi bergerak membentuk masa depan lebih kukuh bagi parti namun selaku Ketua UMNO Cawangan Binjai Rendah, saya akan terus bersama membantu parti.
“Saya yakin asas ke arah perubahan yang lebih baik telah ditunjukkan dengan corak pemilihan kepemimpinan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam,”ujarnya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri Pengkalan Berangan ketika dihubungi hari ini.
Dalam pemilihan kelak, jawatan Ketua UMNO bahagian bakal melibatkan persaingan antara bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dan juga Ketua Cawangan Jerong Tuan, Abdul Muttalib Samion.
Jawatan Timbalan Ketua pula bakal menyaksikan pertembungan antara bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Datuk Saiful Bahri Baharuddin dan penyandang pergerakan sayap parti itu sekarang, Jasmira Othman.
Bekas calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut pula akan bertanding jawatan Naib Ketua, dan beliau akan disaingi oleh A.Razak Mat Amin.
Sementara itu Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap telah dimenangi oleh Aziz Ismail dan Yusnirafi Yahya tanpa bertanding, begitu juga dengan jawatan Pemeriksa Kira-Kira yang disandang oleh oleh Jusoh Mamat dan Yusof Ismail.
Seramai 36 calon terdiri daripada gabungan baharu dan lama pula menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa bahagian.
Mereka termasuklah Mohd Khairul Nizam Hamzah, Shaiful Dazillan Mazlan, Nordin Ariffin, Alias Mohd, Muhamd Zuki Mat Robi @ Azizi, Matam Mohamad, Mohd Zafpri Daud,Zainuddin Ismail, Kamrul Kori, Mohd Khairuddin Ngah, Abdul Wahab Sidik, Nik Rosdi Megat Deraman, Zaidi Awang, Mohd Adnan Mat Amin, Normawati Mst Khalid, Manan Shafie, Mohd Khim@Mohd Khan Abd. Rahman, Mazki Mat Zin, Mohd Afendi Abdullah dan Samsudin Awang.
Turut menawarkan diri ialah Mohd Kamarul Ariff Hassan, Abdul Manas Bidin, Md. Noor Salleh, Rozi Mukhatar, Hakimi Iskandar Ahemed, Anuar Yahya, Mohd Zawavi Awang, Mohd Abdillah Abu Bakar, Norina Mohamad,
Mojhd Atan Abidin, Nor Azizi Othman, Zulkifli MaT Khalid, Tahar Sulong, Mahadi Besar, Wan Kamaludin Wan Chik dan Ardzu Daud.-UTUSAN ONLINE












