Lantik menteri berpengalaman - Utusan Malaysia

Lantik menteri berpengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad perlu memberi pertimbangan serius dalam melantik bakal jemaah menteri yang seterusnya sebagai tambahan terhadap bilangan menteri sedia ada.

Sebarang lantikan tambahan ke jawatan menteri perlu diberikan keutamaan kepada mereka yang bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik malah perlu juga memiliki pengalaman luas. Ini kerana jawatan menteri merupakan jawatan terpenting dalam proses pentadbiran dan pengurusan negara kita dan ia perlu diisi oleh mereka yang betul-betul faham keadaan semasa serta suasana politik dalam dan luar negara kita.

Tidak menjadi suatu kesalahan untuk memilih golongan muda untuk menjadi menteri namun ia akan mengundang kebimbangan orang ramai terhadap mutu kerja yang bakal dipikul oleh mereka kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juga tidak dapat dinafikan golongan muda mempunyai pelbagai kreativiti yang boleh digunakan sepenuhnya untuk membangunkan negara.

Namun hakikat harus diambil di mana golongan yang muda ini dilihat mudah tertekan, mengikut emosi, serta tidak dapat memahami keadaan kehidupan dunia politik yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga akan terdedah dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Segala masalah ini tidak dapat diharungi dengan hanya memiliki tahap kelayakan akademik semata-mata. Ia memerlukan tahap kematangan dan pengalaman yang sesuai supaya segala gerak kerja dapat dilakukan dengan lancar serta tidak mengundang sebarang syak wasangka dan kebimbangan orang ramai terhadap diri mereka serta pihak kerajaan secara keseluruhanya.

 

PENGANALISIS 
POLITIK SEMASA

Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini