MELAKA 23 Jun – Para perwakilan yang hadir Mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu cemas apabila lantai tingkat satu Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini yang dijadikan lokasi bersidang meletup, hari ini. Kejadian pada pukul 2 petang itu berlaku kira-kira lima minit sebelum mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu berlangsung. Letupan yang berterusan selama dua minit mencemaskan kira-kira 200 perwakilan wanita dan petugas media yang sedang menuju ke dewan berhampiran. Masing-masing kemudiannya menyelamatkan diri ke kawasan yang selamat termasuk turun ke lobi hotel. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya