Laluan susur baharu ke KL dibuka - Utusan Malaysia

Laluan susur baharu ke KL dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 7 Jun – Laluan susur yang baharu arah ke utara sepanjang 1.3 kilometer di Persimpangan Bertingkat Seremban di sini kini dibuka kepada para pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan bermula pukul 4 petang ini.

Pembukaan laluan baharu bernilai RM12 juta itu dijangka dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 18,000 pengguna harian di Plaza Tol Seremban terutamanya kenderaan yang datang dari arah Seremban 2 dan Bukit Kepayang.

Dengan pembukaan laluan susur terbabit, kenderaan dari arah Seremban 2 dan Bukit Kepayang tidak perlu lagi melintas Jalan Sungai Ujong untuk masuk ke Plaza Tol Seremban (Arah Utara) yang sedia ada.

Sebaliknya, mereka boleh terus menggunakan laluan susur baharu ini untuk ke arah Nilai dan Kuala Lumpur sekali gus mengurangkan sedikit kesesakan lalu lintas di Jalan Sungai Ujong dan di Persimpangan Bertingkat Seremban secara amnya.

Pembukaan rasmi laluan susur baharu itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Razak Jaafar; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN