KUALA LUMPUR 28 Jun – Penggubalan Undang-Undang Antilompat Parti perlu dilaksanakan segera bagi memastikan ahli-ahli politik tidak mengkhianati kepercayaan para pengundi. Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, menjadi satu kesalahan moral dan kod etika sebenarnya apabila ahli politik terlibat dalam perbuatan melompat parti. “Walaupun undang-undang ini bersifat ‘silent’, tapi dari segi prinsipnya ia satu tindakan menipu dan mengkhianati pengundi. “Saya mencadangkan supaya undang-undang itu memasukkan klausa menggugurkan…









