Kunjungan mengejut HDS di kediaman pemenang peraduan anjurannya - Utusan Malaysia

Kunjungan mengejut HDS di kediaman pemenang peraduan anjurannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (HDS), sebuah syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products telah membuat kunjungan mengejut ke kediaman para pemenang utama, kedua dan ketiga Kempen Ke-15 Best Products yang masing-masing terletak di Cheras, Ipoh dan Kampar bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut serta untuk memeriahkan kejutan tersebut adalah pihak pengurusan HDS, selebriti dan duta-duta Best Products iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Nassier Wahab dan Ramlah Ram.

Hadiah wang tunai sebanyak RM150,000, RM30,000 dan RM3,999 diserahkan masing-masing kepada pemenang utama, kedua dan ketiga oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan Best Products, Ahmad Md. Isa.

Mei Ling ketika sesi penyerahan hadiah berkata, mereka mengambil kesempatan di musim perayaan ini untuk memeriahkan lagi Hari Raya mereka dengan kunjungan mengejut daripada HDS serta para dutanya.

“Selain membuat kunjungan mengejut ini, kami turut membuat satu lagi kejutan kepada pemenang utama dengan membawa hadiah tambahan iaitu sebuah telefon pintar jenama Samsung model S9,” katanya.

Pemenang hadiah utama, Mohd. Din Mat Ali, 63, merupakan seorang pesara sebuah syarikat swasta meluahkan rasa bangganya menerima kunjungan tersebut.

“Saya masih terkejut dengan kemenangan ini dan tidak menyangka pihak HDS dan para selebriti sudi hadir ke rumah saya,” katanya

Pemenang kedua yang juga merupakan seorang pesara, Ismail Mohd. Arif, 78, turut terharu dengan kunjungan tersebut.

Beliau ketika ditemui berkata, penganugerahan itu amat bermakna baginya lebih-lebih lagi hadiah wang tunai itu dihantar terus ke pintu rumahnya.

Manakala pemenang ketiga iaitu seorang suri rumah yang bakal menyambut hari kelahirannya pada 29 Jun ini, K. Anut, 26, pula meluahkan rasa syukurnya untuk kemenangan itu dan amat berbesar hati menerima kunjungan pihak penganjur.

Kempen Promosi Ke-16 Best Products juga sedang berlangsung dan akan berakhir pada 30 Jun depan. Layari laman sesawang www.bestproducts.my untuk maklumat lanjut bagi menyertai kempen tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini