Kumpulan A - Utusan Malaysia

Kumpulan A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANG Barcelona, Luis Suarez dan tonggak Liverpool, Mohamed Salah dijangka menjadi tumpuan dalam saingan Kumpulan A pada Piala Dunia kali ini.

Salah yang bakal membuat penampilan sulung pada kejohanan berprestij itu bersama Mesir, membawa status selaku pemain terbaik dan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika, merupakan penjaring terbanyak Mesir dengan lima gol yang diledakkan sepanjang kelayakan Piala Dunia 2018.

Ayam tambatan Mesir itu memainkan watak penting menyumbat dua gol yang mana salah satu daripadanya merupakan sepakan penalti bagi membenam Congo 2-1 yang sekali gus membawa Pharaohs menempah slot ke pusingan akhir Piala Dunia sejak 1990.

Sementara itu, bagi Suarez pula, penampilannya pada Piala Dunia kali ini bersama Uruguay pasti akan membangkitkan memori hitam pada kejohanan empat tahun lalu di Brazil.

Insiden Suarez menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan peringkat kalah mati itu sudah pasti akan diperkatakan kembali.

Dia kemudiannya menerima hukuman setimpal apabila digantung sebanyak lapan perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak gara-gara tingkah laku buruknya itu.

Sekalipun Piala Dunia pada kali ini tanpa kelibat Itali yang gagal melayakkan diri, Suarez tidak akan dapat lari daripada perhatian media.

Sama ada dia bakal mencetuskan kontroversi lagi, ataupun sisi kematangan ditonjolkan Suarez seiring dengan usianya yang telahpun menginjak ke angka 31 tahun, penyerang itu diramal tidak berdepan masalah membantu Uruguay melepasi halangan Kumpulan A.

PERLAWANAN sulung Kumpulan A bakal menjadi tumpuan apabila tuan rumah, Rusia akan bertemu Arab Saudi yang muncul selaku pasukan Asia pertama dalam sejarah Piala Dunia bermain pada aksi pembuka tirai di Stadium Luzhniki, Moscow, 14 Jun ini.

Uruguay yang diketuai bintang Barcelona, Luis Suarez dilihat sebagai pasukan pilihan menjuarai Kumpulan A, dan kehadiran pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, Mohamed Salah yang mewakili Mesir turut menjadikan saingan kumpulan ini semakin menarik.

Ranking dunia: No. 17

Populasi: 3,444,006 orang

Bahasa rasmi: Sepanyol

Liga utama: Liga Profesional de Primera Division

Rekod Piala Dunia: Pemenang pertama Piala Dunia

Pencapaian terbaik: Juara 1930, 1950

Bintang: Luis Suarez

Uruguay

Ranking dunia: No. 67

Populasi: 33,000,000 orang

Bahasa rasmi: Arab

Liga utama: Liga Profesional Saudi

Rekod Piala Dunia:

Pencapaian terbaik: Peringkat 16 terbaik 1994

Bintang: Mohamad Al-Sahlawi

Arab Saudi

Ranking dunia: No. 46

Populasi: 96,987,100 orang

Bahasa rasmi: Arab

Liga utama: Liga Perdana Mesir

Rekod Piala Dunia:

Pencapaian terbaik: Pusingan pertama 1934, 1990

Bintang: Mohamed Salah

Mesir

Ranking dunia: No. 66

Populasi: 144,526,636 orang

Bahasa rasmi: Rusia

Liga utama: Liga Perdana Rusia

Rekod Piala Dunia:

Pencapaian terbaik: Tempat keempat 1966

Bintang: Igor Akinfeev

Rusia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN