MALAYSIA sememangnya destinasi kegemaran warga asing untuk mencari rezeki. Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 1.78 juta pekerja asing bekerja secara sah di Malaysia. Paling dominan ialah Indonesia dengan 728,870 orang disusuli Nepal (405,898), Bangladesh (221,089), Myanmar (127,705), India (114,455), Pakistan (59,281) dan Vietnam (29,039). Selain itu, terdapat pekerja berasal dari China (15,399), Thailand (12,603), Sri Lanka (5,964), Kemboja (5,103) dan Laos (39). Mereka antaranya bekerja dalam sektor pembuatan, pertanian, pembinaan,…










