Ku Li mahu UMNO mohon maaf - Utusan Malaysia

Ku Li mahu UMNO mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Calon Pre­siden UMNO, Tengku Razaleigh Ham­zah akan meminta UMNO di semua peringkat bahagian dan cawangan untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kegagalan menunaikan tanggungjawab dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, perkara tersebut akan dilakukan sekiranya beliau dipilih menjadi Presiden UMNO pada pemilihan parti berkenaan pada Sabtu ini.

Menurutnya, permohonan maaf itu harus dibuat bagi memenangi semula hati rakyat yang telah menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Kalau saya terpilih dan dapat mempengaruhi ahli UMNO melalui satu konsensus, saya nak menganjurkan supaya kita minta maaf atas kesilapan-kesilapan kita (sehingga) menyebabkan mereka tolak UMNO, malah membenci kerana kita lalai serta melupakan tanggungjawab serta amanah.

“Saya anjurkan cawangan dan bahagian untuk minta maaf kepada rakyat supaya kita dapat semula kepercayaan dan ajak mereka untuk bersama dengan kita kerana itu (meminta maaf) budaya kita, budaya Malaysia,” katanya yang mesra dipanggil Ku Li.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini