Ku Li beri bayangan bersedia jadi Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

Ku Li beri bayangan bersedia jadi Ketua Pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jun – Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah memberi bayangan bersedia untuk menjadi Ketua Pembangkang sekiranya diberi amanah untuk mengetuainya dalam Parlimen.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah

Beliau juga dalam satu sidang akhbar hari ini, masih lagi berteka-teki sama ada bersedia mencabar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau pun tidak bagi kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya diberikan tanggungjawab untuk mengetuai pembangkang sekiranya diminta untuk menjawat jawatan itu.

“Jika kepemimpinan parti mahu saya menjadi Ketua Pembangkang, saya akan terima,” jawabnya ringkas dalam sidang akhbar di rumahnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, jawatan Ketua Pembangkang tidak semestinya diberikan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Ku Li juga menyeru kepada pucuk pimpinan UMNO supaya generasi muda diberi peluang untuk mengisi barisan kepemimpinan parti itu dalam pemilihan pada 30 Jun ini.

Beliau berkata, generasi baharu perlu diberi pendedahan kepada kepemimpinan parti kerana mereka adalah bakal pemimpin yang akan mencorak masa hadapan negara.

“Saya berusia 81 tahun, berilah laluan kepada orang yang lebih muda, berkaliber dan mereka perlu ditonjolkan.

“Namun, ada banyak hari lagi untuk saya buat keputusan. Bersabar, saya akan umum bila tiba masanya nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini