Krisis politik Perlis berlarutan - Utusan Malaysia

Krisis politik Perlis berlarutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Krisis dan polemik status Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man belum menemui jalan penyelesaiannya.

Semalam, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis tetap dengan keputusan me­reka menolak Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.

Setiausaha BN Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu, penolakan sembilan ADUN BN terhadap Azlan sebagai Menteri Besar adalah ke­rana beberapa faktor yang tidak sesuai dimaklumkan kepada media.

“Kami akan meng­hadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalul­lail untuk memohon sembah ampun selain me­nerangkan salah faham yang berlaku sebelum ini.

“Selain itu, kami akan memaklumkan kepada ­Tuanku Syed Sirajuddin mengapa kami menolak Azlan sebagai Menteri Besar Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN