KUALA LUMPUR 4 Jun – Penolakan banyak pihak mengenai cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bukanlah semata-mata melibatkan isu agama dan kaum, namun turut membabitkan soal kredibiliti dan moral kerajaan Pakatan Harapan. Pensyarah Undang-undang, Dr. Shamser Singh Thind berkata, jika diikutkan dari segi perundangan, Tommy sememangnya layak, malah tiada peruntukan dalam Perlembagaan mengatakan bahawa Peguam Negara perlulah seorang Melayu dan Islam. Namun begitu, menurut Shamser, Tommy telah lama menunjukkan…










