KPM tambah 1,000 kuota kepada pelajar bukan bumiputera - Utusan Malaysia

KPM tambah 1,000 kuota kepada pelajar bukan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan tambahan 1,000 kuota kemasukan ke Program Matrikulasi (KPM) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, hasil keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu, tawaran khas itu hanya dibuka kepada kaum Cina daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) .

“Bagi sesi 2018/2019, pihak kementerian telah memberikan tambahan sebanyak 1,000 kuota tawaran khas kepada pelajar cemerlang SPM bukan bumiputera khususnya berpendapatan rendah B40.

“Untuk sesi tahun ini, penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi KPM diberikan kepada pelajar cemerlang kaum Cina sahaja daripada keluarga B40 agar mereka juga mendapat tempat yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, Dr. Maszlee menegaskan, tambahan kuota tawaran khas itu tidak mengambil kuota pelajar cemerlang bumiputera yang sedia ada.

“Saya yakin mungkin ada (pihak) yang akan menimbulkan (isu), adakah dengan memberikan tambahan 1,000 kuota ini, maka (KPM) akan mengambil kuota bahagian bumupitera.

“Tidak, ini merupakan (kuota) tambahan. Kuota bumiputera dan tempat bumiputera kekal, malah pada tahun ini ada lebihan pengambilan (pelajar ke Program Matrikulasi KPM).

“Jadi kita akan cuba beri pendekatan inklusif kepada semua pihak. Kita akan cuba sedaya mungkin untuk membanrtu mereka, sama ada mereka daripada bumiputera atau bukan bumiputera,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sejumlah 84,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera bagi sesi kemasukan kali ini. 

“Seramai 4,068 orang pelajar bukan bumiputera telah ditawarkan tempat di kolej-kolej matrikulasi bagi sesi 2018/2019,” katanya.

Program Matrikulasi KPM merupakan satu program prauniversiti yang diperkenalkan pada sesi 1999/2000 bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) dan profesional.

Bagaimanapun, mulai tahun 2003, program itu menawarkan kuota 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera dengan tujuan mewujudkan persaingan sihat selain memantapkan integrasi nasional dan perpaduan kaum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini