KPKT cadang kelonggaran pinjaman - Utusan Malaysia

KPKT cadang kelonggaran pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan agar bank-bank mengambil kira sumber pendapatan kedua dan ketiga sebagai kriteria kelayakan permohonan pinjaman perumahan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan itu mungkin boleh memberi kelonggaran penarafan kredit bagi mengatasi masalah pe­ratusan penolakan pinjaman perumahan yang tinggi dalam kalangan golo­ngan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40).

“Walaupun pemohon sudah mengemukakan jumlah pendapatan utama namun, sekiranya mereka ada sumber pendapatan kedua dan ketiga (tanpa slip gaji) seperti berniaga yang wajar diambil kira sebagai kriteria kemampuan untuk bayar balik pinjaman.

“Langkah mengambil kira semua pendapatan pemohon (pendapatan utama dan sampingan) mungkin memberi kelonggaran seterusnya melayak­kan mereka mendapat pinjaman,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN