Kosovo, Albania kutip derma bayar denda 
FIFA terhadap pemain Switzerland - Utusan Malaysia

Kosovo, Albania kutip derma bayar denda 
FIFA terhadap pemain Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRISTINA, Kosovo – Kosovo dan Albania mengutip wang bagi membayar denda Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap pemain Switzerland, Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri dan Stephan Licht­steiner kerana meraikan jaringan gol dengan membuat simbol helang berkembar dalam perlawanan Piala Dunia menentang Serbia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Xhaka dan Shaqiri ber­asal dari Kosovo, bekas wilayah Serbia yang didiami majoriti etnik Albania. Beribu-ribu etnik itu dibunuh semasa konflik antara tentera Serb dan gerila Albania pada 1998-1999.

Simbol helang berkembar mewakili bendera Albania dan dianggap simbol penentangan di Kosovo. Wilayah itu mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2008 dalam langkah yang tidak diiktiraf oleh Serbia.

Aksi tiga pemain ber­kenaan dalam perlawanan tersebut yang berakhir de­ngan kemenangan 2-1 kepada Switzerland di Kaliningrad Jumaat lepas membangkitkan kemarahan Serbia.

FIFA yang melarang simbol politik di stadium bola sepak, bertindak mendenda Xhaka dan Shaqiri masing-masing sebanyak AS$10,000 (RM40,287), manakala Lichtsteiner di­kenakan denda AS$5,000 (RM20,143).

Perdana Menteri Albania, Edi Rama membuka sebuah akaun bank kelmarin untuk membolehkan warga Albania membantu membayar denda terhadap Xhaka dan Shaqiri yang beliau anggap sebagai ‘mengarut’.

Hampir AS$23,000 (RM92,661) telah dikutip kira-kira 24 jam selepas dana online itu dilancarkan di Kosovo.

Menteri Perdagangan dan Industri Kosovo, Bajram Hasani pula mendermakan semua gaji bulanannya berjumlah AS$1,744 (RM7,035) bagi tujuan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini