KUALA LUMPUR 22 Jun – Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa Kementerian Kewangan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai pinjaman dibuat oleh kerajaan dari Jepun.
![]() |
|
Shahir Adnan
|
Ketuanya, Shahir Adnan berkata, wujud dua persoalan daripada pinjaman yang bakal dibuat oleh kerajaan itu.
“Dua persoalan harus dijawab adalah hutang manakah yang akan diselesaikan oleh kerajaan menggunakan pinjaman kredit Yen ini.
“Dan apakah unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setelah pinjaman Yen ini dibuat?” soal beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Minggu lalu, dalam lawatannya ke Jepun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meminta bantuan Jepun untuk mengatasi masalah kewangan yang dialami negara dengan memohon diberikan pinjama mudah pada kadar faedah yang cukup rendah. – UTUSAN ONLINE











