Komponen Pakatan Harapan perlu sokong dasar memartabat sosioekonomi bumiputera - Utusan Malaysia

Komponen Pakatan Harapan perlu sokong dasar memartabat sosioekonomi bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu seluruh komponen Pakatan Harapan menyokong dasar memartabatkan sosioekonomi bumiputera khususnya bagi orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan.

RUHANIE AHMAD
RUHANIE AHMAD

Pemangku Presidennya, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, mana-mana komponen Pakatan Harapan yang menentang dasar tersebut disifatkan sebagai rasis, tidak menghiraukan kesejahteraan rakyat majmuk dan keselamatan nasional.

“Kita menggesa seluruh komponen Pakatan Harapan menyokong tindakan ini khususnya bagi merapatkan pencapaian bumiputera dengan bukan bumiputera seperti yang difokuskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam bidang pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memulihkan semula kuota 100 peratus biasiswa pelajar bumiputera seperti yang dicadangkan Perkasa pada 2015,” katanya menerusi siaran akhbar di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini