SAMARA, Rusia 17 Jun – Sepakan bola lencong kapten Serbia, Aleksandar Kolarov sewaktu minit ke-56 membolehkan pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam aksi pembukaan Piala Dunia Kumpulan E di Samara Arena, sebentar tadi. Jaringan menarik itu dilakukan Kolarov ketika aksi sepakan percuma yang sukar diselamatkan oleh penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas. Bukan itu sahaja, pertahanan Costa Rica juga tidak menjangka bola lencong Kolarov tersebut mampu melepasi barisan benteng mereka. Dalam perlawanan tersebut, Costa Rica yang melangkah ke saingan suku akhir Piala Dunia 2014 dilihat bekerja keras…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya