KUALA LUMPUR 7 Jun – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), empat tahun lalu. Hakim Rohatul Akmar Abdullah memutuskan untuk tidak memanggil Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu membela diri atas pertuduhan tersebut selepas mendapati adalah tidak selamat untuk berbuat demikian ekoran kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes…










