PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub seakan-akan memberi bayangan bahawa senarai jemaah menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu adalah sahih. Biarpun tidak mahu mengulas lanjut mengenai barisan Kabinet yang akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada 2 Julai ini, Salahuddin mempunyai jawapan tersendiri berdasarkan pengalamannya ketika pelantikan jemaah menteri kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir…










