ARAU 13 Jun – Syed Atif Syed Abu Bakar akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dalam pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini. Difahamkan Syed Atif bakal berhadapan dengan Ameer Shafiq iaitu anak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan telah mengemukakan pencalonan. Untuk rekod, Syed Atif memegang jawatan tersebut sejak tahun 2013 manakala Ameer yang berusia 30 tahun pula baharu pertama kali bertanding…










