Ketua, ahli Geng Vaval diberkas polis - Utusan Malaysia

Ketua, ahli Geng Vaval diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Polis menumpaskan kumpulan penjenayah pecah rumah Geng Vaval dengan menahan empat lelaki termasuk ketuanya dikenali Vaval dalam serbuan di sekitar daerah ini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan bermula pukul 12 tengah hari itu, polis turut menahan seorang pemilik kedai emas yang bersubahat membeli barangan hasil jenayah geng tersebut.

Kesemua yang ditahan berusia 24 hingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan kesemua suspek itu adalah susulan laporan kejadian pecah rumah teres dua tingkat di Taman Gembira di sini pukul 10.15 pagi pada 22 Jun lalu.

Katanya, dalam kejadian tersebut mangsa dianggarkan mengalami kerugian hampir RM500,000.

“Menerusi kesemua tangkapan itu, polis berjaya merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah termasuk 24 utas jam tangan pelbagai jenama, enam utas gelang tangan dipercayai jade dan masing-masing dua bentuk cincin berlian dan emas.

“Turut dirampas adalah sebuah kereta Proton Iswara dan motosikal jenis Honda EX5 serta pelbagai peralatan pecah rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini