MOSCOW 20 Jun – Senegal memanfaatkan kesilapan dilakukan oleh Poland bagi mengungguli aksi Kumpulan H Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Les Lions meraih kemenangan 2-1 di Stadium Spartak, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut kesilapan pertahanan Poland menyebabkan mereka menjaringkan gol sendiri menerusi Thiago Cionek pada minit ke-37 sekali gus membolehkan Senegal mendahului kedudukan jaringan.
Senegal terus menguasai perlawanan apabila berupaya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-60 menerusi jaringan M’Baye Niang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara gol tunggal Poland hadir menerusi Grzegorz Krychowiak pada minit ke-86.
Selepas ini Senegal dijadual menentang Jepun pada Ahad ini manakala Poland akan bertemu Colombia sehari selepas itu. – AGENSI










