Kes cerai Ziana disebut semula 12 Julai untuk lantik hakam - Utusan Malaysia

Kes cerai Ziana disebut semula 12 Julai untuk lantik hakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kemelut penceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad, 53, terus berpanjangan apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi menetapkan 12 Julai depan untuk perlantikan hakam keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar menetapkan tarikh tersebut selepas Armin sebagai pihak defendan tidak hadir ke mahkamah hari ini tanpa sebarang makluman bagi mendengar keputusan laporan jawatankuasa pendamai kes itu.

Mohd. Nizar turut mengeluarkan notis kehadiran kepada Armin yang merupakan bekas pramugara kanan Malaysia Airlines Bhd. (MAS) bagi tarikh sebutan semula kes itu.

“Berdasarkan laporan tersebut, kedua-dua mereka bersetuju bercerai secara baik dalam mahkamah bagi menyelesaikan kemelut itu, sekiranya tidak tercapai disyorkan pembentukan sebuah jawatankuasa hakam selaras Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

“Kedua-dua mereka tidak tinggal bersama sejak Februari lalu dengan mahkamah percaya tanggungjawab tidak boleh dilaksanakan serta syiqa’ (perbalahan suami isteri dalam perkahwinan) sering berlaku (sebelum ini).

“Kedua-dua pihak juga bersetuju hak-hak berkaitan suami isteri dan anak-anak akan diselesaikan nanti, ” katanya.

Dalam prosiding tersebut, Ziana Zain atau nama sebenar Siti Roziana Zin, 50, yang hadir dengan memakai baju kurung bercorak bunga berwarna biru diwakili Peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff.

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Putus Terpaksa dan Berpisah Jua menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini