Kes bunuh Nur Aina ke Mahkamah Tinggi - Utusan Malaysia

Kes bunuh Nur Aina ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 31 Mei – Mah­ka­mah Majistret di sini hari ini mem­benarkan kes terhadap se­orang anggota tentera yang di­dak­wa membunuh anak kan­dungnya berumur sembilan ta­hun, awal tahun ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini memohon izin kes terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 35, dipindahkan ke mahkamah tersebut.

Tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Seremban masih belum ditetapkan.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Abdullah yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Nur Aina Nabihah di sebuah rumah di Taman Vista Jaya di Lukut, dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 11.30 malam, 31 Januari lalu.

Tertuduh yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 12 Februari lalu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya, sebelum keputusan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecede­raan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk kiri dan kanan, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mohammad Abdullah dan isteri sebelum ini direman sejak 2 Februari lalu, namun ibu tiri mangsa itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah dan akan menjadi saksi pendakwaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN