PORT DICKSON 31 Mei – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes terhadap seorang anggota tentera yang didakwa membunuh anak kandungnya berumur sembilan tahun, awal tahun ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban. Majistret Siti Khairiah Abdul Razak menetapkan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini memohon izin kes terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 35, dipindahkan ke mahkamah tersebut. Tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Seremban masih belum ditetapkan. Mengikut…










