KUANTAN – Akibat terpedaya dengan janji manis kenalan media sosial, seorang kerani muda di Lipis terpaksa menanggung kerugian sehingga RM128,300. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Yusof berkata, mangsa, 20, mula berkenalan dengan seorang lelaki kononnya dari negara Uncle Sam melalui laman sosial Facebook pada awal April lepas. “Sebagai tanda pengenalan, suspek ingin menghantar hadiah kepada mangsa berupa baju, kasut, beg tangan, emas putih, minyak wangi, Ipad, Iphone,…










