Kerajaan terima tajaan RM30 juta siar Piala Dunia 2018 - Utusan Malaysia

Kerajaan terima tajaan RM30 juta siar Piala Dunia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kerajaan tidak akan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM bernilai RM30 juta kerana telah menerima penajaan daripada pihak swasta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya setakat ini telah menerima tajaan daripada beberapa pihak berjumlah RM30 juta.

“Sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang daripada tajaan pihak swasta dan pihak terbabit akan menerima pulangan daripada iklan-iklan yang disiarkan semasa siaran langsung perlawanan.

“Justeru, kerajaan tidak akan mengeluarkan satu sen pun bagi penyiaran Piala Dunia,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, pada sidang akhbar terbabit, Kon Yeow mengumumkan pihaknya menerima sumbangan masing-masing berjumlah RM1 juta daripada syarikat Ewein Berhad, Magni-Tech Industries Berhad serta ahli perniagaan, Tan Sri Tan Kok Ping kepada Tabung Harapan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN