KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada kejadian atau perbuatan jenayah, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. Lee yang juga Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata, penyakit mental boleh digambarkan sebagai ‘bom jangka’ yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak dikendalikan dengan berkesan. “Kementerian Kesihatan perlu membangunkan dan melaksanakan indeks penilaian psikologi yang dapat digunakan untuk membantu pihak-pihak berkaitan merancang program untuk membantu menangani peningkatan isu kesihatan mental di negara ini,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya