Kerajaan perlu perhalusi cadangan bina perumahan B40 di tapak Highland Towers - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu perhalusi cadangan bina perumahan B40 di tapak Highland Towers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Kerajaan perlu memperhalusi cadangan untuk membina projek perumahan bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di tapak kondominium Highland Towers bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan tersebut terjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mencadangkan perkara tersebut perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar berkaitan kajian tanah bagi memastikan tragedi bangunan runtuh yang berlaku pada 1993 tidak berulang.

“Cadangan kementerian ini sangat baik namun kita perlu memastikan aspek keselamatan penduduk di kawasan yang ingin dibangunkan terjamin.

“Kementerian berkenaan juga perlu mengadakan rundingan dengan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan Highland Towers untuk mendapatkan gambaran lebih

jelas mengenai keadaan di sana,” katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH 2018 di Ibu Pejabat NIOSH, dekat sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini