Kerajaan perlu kawal selia kos penjagaan kesihatan swasta - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu kawal selia kos penjagaan kesihatan swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan digesa untuk campur tangan dalam mengawal selia kos perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan hospital swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan kos tersebut berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

“Penjagaan kesihatan merupakan satu keperluan pengguna dan tidak sepatutnya kosnya ditentukan oleh pasaran dan keuntungan yang pihak swasta ini perolehi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita perlu melihat kepada aspek kebajikan kerana penjagaan kesihatan ini merupakan hak asas pengguna, oleh itu kerajaan perlu melihat caj yang dikenakan oleh penyedia penjagaan kesihatan swasta supaya lebih berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, di Menara Ilham di sini hari ini.

Dalam pada itu tambah Paul Selvaraj, kerajaan juga perlu memberikan lebih peruntukan kepada sistem penjagaan kesihatan awam supaya perkhidmatannya lebih memuaskan dan menjadi pilihan kepada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini