SAUDARA PENGARANG, PERUBAHAN tampuk pemerintahan negara yang berjaya dilakukan baru-baru ini adalah sesuatu yang wajar dipuji kerana perkara tersebut membuktikan bahawa proses pendemokrasian di negara kita ini semakin matang. Setelah memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Pusat yang baharu telah pun melaksanakan beberapa tindakan segera selaras dengan aspirasi rakyat. Pendirian kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan lain wajar dipuji. Namun, beberapa kenyataan dari pihak kerajaan khususnya berkenaan permasalahan ‘hutang negara’…










