KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kesediaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan untuk membina lapangan terbang di Pulau Tioman dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, bagaimanapun kerajaan negeri perlu mendengar cadangan penuh daripada tokoh perniagaan terkenal itu sebelum memberi kata putus. “Kerajaan negeri mengamalkan sikap mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan jika ada pihak yang…










