PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk memerangi rasuah sehingga peringkat akar umbi sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bulan lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PH bagi membanteras gejala rasuah di negara ini. “Sebelum PRU-14, (Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan-rakan pimpinan PH telah menjelajah seluruh pelosok negara, bandar, pinggiran bandar, luar bandar…










