Kerajaan Kedah kaji semula pengecualian caj bekalan air - Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah kaji semula pengecualian caj bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah akan mengkaji semula pelaksanaan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di negeri ini yang menggunakan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan yang diperkenalkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang bermula Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, insentif yang membabitkan 220,000 akaun pengguna domestik itu dikaji semula untuk memastikan golongan yang berkelayakan sahaja iaitu kalangan keluarga miskin sahaja yang akan menerima manfaat tersebut.  

Ini kerana, menurutnya, kerajaan negeri difahamkan terdapat ramai dalam kalangan mereka yang bergaji besar turut menikmati air percuma tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kerajaan negeri akan menggunakan senarai nama dalam e-Kasih untuk memastikan keluarga miskin sahaja yang berkelayakan menerima kemudahan berkenaan.

“Kita (kerajaan negeri) nak pastikan mereka yang dapat insentif terbabit menepati sasaran, maka kita nak kaji semula pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.

Pelaksanaan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di negeri ini yang menggunakan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan itu diluluskan pada Bajet Kedah 2018 yang dibentangkan pada November tahun lalu.

Mukhriz memberitahu, kerajaan negeri terpaksa membayar kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn. Bhd. sebanyak RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

“Pelaksanaan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik itu didapati membebankan kerajaan negeri,” katanya.

Tambahnya, kajian pelaksanaan tersebut  dijangka dapat diselesaikan pada akhir bulan ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini