KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan bercadang mengurangkan agihan subsidi bernilai RM800 juta kepada kira-kira 350,000 pesawah padi di seluruh negara selain memperkenalkan konsep tanaman tambahan. Ketua Pengarah Persatuan Peladang Kebangsaan, Hamzah Bahari berkata, cadangan pengurangan pemberian subsidi tersebut membabitkan nilai RM2,600 perhektar setiap tahun kepada pesawah berikutan pengeluaran hasil tidak seimbang dengan jumlah subsidi yang diberikan. Katanya, mengambil contoh subsidi yang diberikan di negara jiran seperti di Thailand dan…










