Kerajaan BN terdahulu tidak pernah manipulasi hutang negara - Utusan Malaysia

Kerajaan BN terdahulu tidak pernah manipulasi hutang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jumlah hutang negara ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak pernah dimanipulasi sebaliknya sentiasa dilaporkan mengikut Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) yang digunapakai oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan berkata, hutang kerajaan Malaysia pada 31 Disember 2017 sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka ialah RM238 bilion.

Menurutnya, angka-angka itu tersedia kepada umum di laman web Bank Negara.

“Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. 

“Itulah sebab bagaimana mereka mencecah ke angka hutang sebanyak RM1 trilion,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, jika diteliti secara terperinci, kerajaan PH sekarang tidak lagi menggunakan hutang RM1 trilion, tetapi hutang dan liabiliti RM1 trilion. 

“Ini adalah betul dari segi teknikal. Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion iaitu RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang,” jelasnya.

Kenyataan itu berkata, kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan sekuriti hutang tertunggak mereka sebagai hutang negara, tidak termasuk tanggungan luar jangka. 

Katanya, tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. 

“Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan barang hutang. Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen, subsidi dalam angka hutang negara,” kata kenyataan itu.

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN