KANGAR – Keputusan sama ada untuk meneruskan atau memansuhkan Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata pemberian inisiatif itu melibatkan dana negara yang besar dan seperti sedia maklum negara kini mempunyai defisit yang ‘membengkak’. “(Perkara) Ini saya akan bincang dengan Menteri Kewangan dahulu… kita nak kena lihat semula pelaksanaannya kerana ini janji kerajaan…










