Kenyataan harga barang turun 30-50 peratus dibuat secara spontan - Salahuddin - Utusan Malaysia

Kenyataan harga barang turun 30-50 peratus dibuat secara spontan – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menjelaskan kenyataan harga barang turun 30-50 peratus dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepada beliau di beberapa lokasi.

Menurut Salahuddin, kenyataan tersebut juga berdasarkan laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan selain pemerhatian peribadi terhadap harga bahan makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan terus oleh petani.

Salahuddin berkata, kenyataan tersebut terlalu umum, tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara dan untuk semua bahan makanan kerana kajian belum dilakukan sepenuhnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan berhubung kenyataan saya berkaitan penurunan harga barang. Sesungguhnya pihak kementerian bersifat terbuka dalam menerima semua pandangan dan juga kritikan.

“Saya mengambil maklum bahawa kenyataan saya mengenai harga bahan makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus telah menimbulkan kekeliruan,” kata Salahduddin dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Salahuddin mengenai harga barangan turun antara 30 hingga 50 peratus sebelum ini dipertikaikan oleh beberapa pihak.

Sementara itu Salahuddin berkata, beliau mengarahkan kementerian untuk membuat penilaian keseluruhan terhadap kesan kadar sifar peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kos pengeluaran makanan dan seterusnya kepada harga bahan makanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN