KUALA LUMPUR 21 Jun – Hospital Putrajaya menjemput orang ramai menderma darah melalui Program Derma Darah Sempena Aidilfitri yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Program diadakan bagi memastikan bekalan darah di hospital berkenaan mencukupi untuk kegunaan pesakit. Orang ramai yang ingin menderma boleh berkunjung ke Lobi Utama Hospital Putrajaya selewatnya pada pukul 4 petang ini.










