PUTRAJAYA 8 Jun – Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini menafikan dakwaan bahawa Pharmaniaga memonopoli bekalan ubat-ubatan ke kemudahan kesihatan awam. Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Pharmaniaga bertindak sebagai satu-satunya monopoli pemegang konsesi tunggal kerana terdapat juga vendor lain yang membekalkan secara langsung ubat-ubatan kepada semua kemudahan kesihatan MOH. “Sektor awam menguruskan pemerolehan ubat-ubatan menerusi dasar dan arahan Kementerian Kewangan melalui pembelian oleh 1) tender…










