MELAKA – Gara-gara mengeluarkan belerang mercun bola sebelum membakarnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melecur di bahagian muka dan jari kanannya apabila ia meletup. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam itu, mangsa, Muhammad Haziq Hasrizam, 10, dari Kampung Pantai Belimbing, Alor Gajah dekat sini mendakwa dia terjumpa mercun berkenaan ketika bermain seorang diri. Bapa mangsa, Hasrizam Hasan, 36, berkata, pada mulanya anak ketiga daripada lima beradik itu cuba menyembunyikan kemalangan…










