Kelar leher sendiri guna gergaji - Utusan Malaysia

Kelar leher sendiri guna gergaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Seorang pemuda bertindak di luar batasan apabila mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah gergaji sehingga mati gara-gara dihalang daripada mengikuti akti­viti sebuah kumpulan keagamaan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Nuri, Batu 7 di sini lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di bahagian belakang dapur rumahnya.

Hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan luka pada leher dan badan dipercayai akibat dikelar menggunakan sebilah gergaji kayu sepanjang 30 sentimeter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, sebelum insiden mang­sa dikatakan mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu selepas ibu dan bapanya melarang pemuda itu dapati menyertai aktiviti dakwah sebuah kumpulan keagamaan.

Difahamkan, mangsa merupakan salah seorang anggota jemaah tabligh yang aktif di sekitar daerah Sandakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini