REZEKI RAMADAN. Kira-kira 60 orang anak yatim dan asnaf diraikan pada majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya di pusat beli-belah SACC Mall, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Kanak-kanak terbabit dari Rumah Kebajikan Permata Hatiku dan Rumah Anak Yatim Lambaian Kasih.
Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid berkata, program tersebut merupakan inisiatif ahli-ahli kelab terbabit di seluruh negara dengan kerjasama pihak SACC Mall.
Turut hadir Penolong Pengurus Bangunan SACC Mall, Azmir Baharum.










