Kekalahan England sebagai strategi - Utusan Malaysia

Kekalahan England sebagai strategi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD – Jurulatih England, Gareth Southgate mempertahankan keputusannya menggunakan skuad kedua England meskipun mereka tewas 0-1 kepada Belgium pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Kaliningrad awal pagi semalam.

SOUTHGATE dilihat sengaja membiarkan England tewas 0-1 kepada
SOUTHGATE dilihat sengaja membiarkan England tewas 0-1 kepada Belgium pada aksi terakhir Kumpulan G bagi mengelak laluan sukar pada peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pada aksi tersebut, Southgate membuat pertukaran lapan pemain bagi merehatkan pemain utama seperti Harry Kane, Raheem Sterling, Jordan Henderson dan Jesse Lingard.

Menurut pengendali ber­usia 47 tahun itu, keputusan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan pemain tunjang skuad The Three Lions itu cergas sepenuhnya menjelang aksi kalah mati menentang Columbia, awal pagi Rabu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai orang berkata bahawa keputusan yang baik adalah meletakkan keutamaan kepada kemenangan. Namun, saya fikir ia adalah satu komen yang tidak tepat kerana England sudah layak ke pusingan kalah mati.

“Keputusan yang saya lakukan ini juga merupakan strategi bagi mengelakkan England bertemu dengan pasukan lebih berisiko. Kami mungkin berdepan aksi sukar apabila menentang Colombia, namun saya jangkakan juara kumpulan akan menerima tekanan lebih hebat kerana mereka berpotensi berjumpa Brazil, Perancis dan beberapa pasukan gergasi lain,” kata­nya.

Gol tunggal perlawanan pada aksi itu dijaringkan oleh bekas pemain Manchester United, Adnan Januzaj pada minit ke-51 menerusi remba­tan cantik yang mengelirukan penjaga gol, Jordan Pickford.

Mengulas lanjut, Southgate menafikan dakwaan ba­hawa skuadnya sengaja mengharap­kan kekalahan kepada Belgium pada aksi ter­akhir kerana bimbang akan berdepan laluan sukar pada pusingan kalah mati.

“Tidak ada sesiapa pun yang sukakan kekalahan. Setiap individu perlu melihat saingan ini menerusi gambaran lebih besar kerana cabaran paling besar bagi England sejak sekian lama­nya adalah pada peringkat kalah mati.

“Justeru, saya perlu memastikan pemain utama ini mendapat rehat secukupnya kerana mereka merupakan watak penting England pada perlawanan terpenting nanti,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN