Kedudukan penghulu 
tidak terjejas – Wan Rosdy - Utusan Malaysia

Kedudukan penghulu 
tidak terjejas – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Jun – Kedudukan penghulu di negeri ini tidak terjejas ke­rana jawatan tersebut tertakluk kepada Suruhanjaya Per­khidmatan Awam (SPA) negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 81 penghulu yang berkhidmat di mukim masing-masing ketika ini menjalankan tanggungjawab seperti biasa iaitu antaranya sebagai pengantara masyarakat luar bandar dan kerajaan negeri.

“Penghulu berada pada tahap keempat dalam struktur organi­sasi selepas pegawai daerah dan kedudukan mereka sangat pen­ting. Malah kerajaan negeri memberi pengiktirafan dengan kenaikan gred daripada N27 kepada N29.

“Saya harap mereka menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan segera menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal masyarakat dengan tindakan sewajarnya,” kata beliau kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Pahang di sini hari ini.

Yang hadir sama Yang Dipertua Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, Ahmad Fuad Zainal Abidin.

Sementara itu, ditanya tentang Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Kampung (JKKK) yang distrukturkan semula dan diberi jenama baharu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Wan Rosdy berkata, beliau mengambil pendirian tunggu dan lihat.

“Pahang belum membuat sebarang keputusan berkaitan penjenamaan JKKK itu dan bercadang mengkaji semula selepas Pusat membuat perubahan tersebut. Kita tunggu dan lihat,” ujarnya.

Semalam, akhbar melaporkan Kabinet bersetuju agar JKKK dijenamakan semula sebagai MPKK dan pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN