Kedudukan Noor Azmi sertai PH diserahkan kepada PH Perak - Utusan Malaysia

Kedudukan Noor Azmi sertai PH diserahkan kepada PH Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kepada PH Perak untuk menentukan sama ada menerima Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menyertai mereka. 

Wan Azizah berkata, keputusan Noor Azmi untuk keluar merupakan pilihan ADUN tersebut dan mengalakkan beliau untuk menyertai serta membuat perubahan kepada negara. 

“Bagaimanapun, kita serahkan kepada PH Perak bagi menentukan (sama ada beliau diterima memasuki PH atau tidak),” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri peringkat negeri Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan di sini hari ini. 

Noor Azmi mengumumkan telah keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini dengan menjadi wakil bebas dan dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengumuman tersebut turut menyaksikan Noor Azmi mengisytiharkan bahawa beliau menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas tengah malam tadi, Wan Azizah menjelaskan perkara tersebut diserahkan kepada pihak polis. 

“Saya serahkan kepada pihak polis kerana tidak mengetahui mengenainya (penahanan Siti Kassim) susulan sibuk dalam menjaga suami (Datuk Seri Anwar Ibrahim) malam tadi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN