Kedah timbang bantuan khas Aidilfitri RM400 untuk penjawat awam - Utusan Malaysia

Kedah timbang bantuan khas Aidilfitri RM400 untuk penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 5 Jun – Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan pemberian bantuan khas sempena perayaan Aidilfitri mengikut kadar ditetapkan Kerajaan Persekutuan iaitu RM400 kepada penjawat awam dengan gred 41 ke bawah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sedar jumlah tersebut mungkin berkurang berbanding pemberian pada tahun-tahun sebelumnya.

“Tetapi dalam keadaan kerajaan negeri kekurangan dana, maka kita perlulah berbelanja secara berhemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa sama, kita nak pastikan kakitangan yang paling rendah itu tetap menerima bantuan walaupun sedikit. Setakat ini itulah keputusannya iaitu mencontohi Kerajaan Persekutuan dengan pemberian RM400 kepada gred 41 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program membeli-belah bersama 96 pelajar kurang berkemampuan dari seluruh negeri ini di pasar raya besar Mydin, Taman Saga dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ismail Salleh, Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Saduruddin Gulam Husen serta Pegurus Besar Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini